π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π‡π€πƒπˆπ‘ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π„π—π„π‚π”π“πˆπ•π„ 𝐋𝐄𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄 ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€πƒπ„π“ ππ€π’π”πŠπ€π π‹π€π“πˆπ‡π€π ππ„π†π€π–π€πˆ π’πˆπŒππ€ππ€π (𝐏𝐀𝐋𝐀𝐏𝐄𝐒)

1 2 8
10 12 15
20 22 23

 

TANJUNG MALIM, 5 Sep 24 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menghadiri Program Executive Lecture Defence Minister yang dikoordinasikan bersama dengan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada hari ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.Program ini adalah merupakan anjuran bersama Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) dan Markas Angkatan Tentera Malaysia - Bahagian Mobilisasi Angkatan Simpanan (MATM-BMAS) bersempena dengan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Ke-42 yang bakal diaadakan pada 21 September 2024.

Melalui penganjuran ini, YB MENHAN telah memberikan pendedahan kepada para Pegawai Kadet PALAPES berkaitan kepentingan Angkatan Sukarela dalam mendukung konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) Negara melalui perkongsian dua hala. Program ini adalah penting sebagai pemacu dalam memperkasakan jati diri PALAPES untuk memahami konsep HANRUH Negara berdasarkan pendekatan Whole of Goverment, Whole of Society (WoGoS).

Selain itu, agenda utama program ini adalah untuk mengukuhkan augmentation terhadap Angkatan Tetap dalam mendepani sebarang bentuk ancaman termasuk usaha dalam memacu PALAPES. Keutamaan ini akan terus menggalakkan bakal Pegawai Muda PALAPES untuk terus kekal berkhidmat sebagai Pegawai Sukarela dan sekaligus menyumbang kepakaran yang dimiliki oleh mereka dalam mendukung HANRUH negara.

Turut hadir ke majlis ini ialah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Pemangku Panglima Tentera Laut; Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datin Roszanina binti Wahab, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia; Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad; Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali; Pengarah MPSTU, Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM; Pengarah Sekretariat, Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan serta warga ATM.