KUALA LUMPUR, 25 Ogos 24 β BAKAT ATM melalui BAKAT Laut telah menganjurkan Pertandingan Kraf Tangan Bertemakan βSongket Seni Warisan Melayuβ Peringkat BAKAT ATM Tahun 2024 bertempat di Rumah BAKAT ATM.
Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan BAKAT ATM untuk mengasah kemahiran ahli BAKAT dalam kraf songket. Kraf songket bukan sahaja merupakan symbol keindahan adan kemewahan, tetapi ia juga lambing identity budaya dan warisan bangsa yang perlu dilestarikan dan dipromosikan kepada generasi akan datang serta dunia luar.
Acara ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah, mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM. Turut hadir adalah Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan, Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, Datin Zamzelina binti Ahmad, Pemangku Pengerusi Jemaah BAKAT Laut, Datin Noor Natasya binti Mohd Mustapa, Ketua Biro BAKAT Markas ATM serta tetamu jemputan Datuk 'Ainu Sham binti Hj Ramli, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia.
Terdapat dua kategori kraf yang telah dipertandingkan iaitu Kategori Spontan - Gubahan Bunga Hiasan Meja Makan, Tanjak (lelaki dewasa) serta Bunga Korsaj (wanita). Bagi kategori pameran, kraf yang dipertandingkan adalah kraf hiasan dinding. Pertandingan ini juga turut melibatkan oleh barisan juri yang berpengalaman yang diketuai oleh Datin Siti Khalijah binti Abdul Aziz, Encik Muhamad Azhar bin Ismail dan Puan Aida Shazlen binti Shahrom.
BAKAT Udara telah diwakili oleh Puan Azizah binti Mokhtar (Korsaj), Puan Rohani binti Mamat (Hiasan dinding), Puan Lily Shezlina binti Shaari (Hiasan dinding), Puan Nor Shafarina binti Norani (Tanjak), dan Puan Tengku Rabiatul Adawiyah binti Tengku Zain (Gubahan bunga hiasan meja makan).
Turut hadir memberi sokongan kepada BAKAT Udara adalah Datin Dr Halina binti Haron, Puan Dewimastura binti Tumiran, Puan Fauziah binti Mat Isa, Puan Haslin binti Ismail, Puan Zainab binti Abdullah, Puan Norhalizah binti Abdul Khalip, Puan Norafidah binti Rahman, Puan Ruziana binti Zakaria, dan Puan Noor Asmah binti Ahmad.
Keputusan Pertandingan Kraf Tangan Bertemakan βSongket Seni Warisan Melayuβ Peringkat BAKAT ATM Tahun 2024 bagi peserta BAKAT Udara adalah seperti berikut:
a. Gubahan bunga hiasan meja makan - Puan Tengku Rabiatul Adawiyah binti Tengku Zain (Johan).
b. Tanjak - Puan Nor Shafarina binti Norani (Kedua).
c. Korsaj - Puan Azizah binti Mokhtar (Kedua).
d. Hiasan dinding - Puan Rohani binti Mamat dan Puan Lily Shezlina binti Shaari (Kedua).
Dengan keputusan tersebut, BAKAT Udara telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi Pertandingan Kraf Tangan Bertemakan βSongket Seni Warisan Melayuβ Peringkat BAKAT ATM Tahun 2024. Tahniah dan syabas diucapkan kepada BAKAT Udara secara amnya dan semua peserta daripada BAKAT Udara secara khasnya diatas penyertaan dan pencapaian.
#Kebajikan
#Profesionalisme
#JemaahBAKATUdara
#BAKATUdara
#BAKATATM