ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 πƒπ€π‘πˆ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 18 Jul 24 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob sempena persaraan beliau di Pejabat Panglima Tentera Udara, Wisma Pertahanan.

Ketibaan Panglima Tentera Laut di Markas Tentera Udara telah disambut oleh Panglima Tentera Udara dan pegawai-pegawai Kanan TUDM diikuti dengan acara menandatangani buku lawatan. Kemudiannya, acara diteruskan dengan sesi kunjungan hormat yang berlangsung selama 30 minit. Dalam sesi tersebut, Panglima Tentera Udara menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Panglima Tentera Laut di atas segala kerjasama baik yang berlangsung antara TUDM dan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan TLDM.

Mengakhiri sesi kunjungan hormat ini, turut berlangsung sesi bertukar cendera kenangan diantara kedua-dua Panglima Perkhidmatan dan diikuti dengan sesi bergambar. Turut hadir dalam acara ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.

Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob. Semoga YBhg Tan Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa peroleh kejayaan dimana jua berada. "Fair Winds and Following Seas".