ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŒπ„ππ˜π„πŒππ”π‘ππ€πŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€πƒπ„π“ πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ 𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 πƒπ€ππˆπ„π‹ 𝐁𝐈𝐍 π€π…π€ππƒπˆ

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 17 Mei 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM menyempurnakan pemakaian pangkat ke atas seorang Pegawai Kadet Udara dan menjadi kenangan terindah buat PK Muhammad Arash Daniel bin Afandi apabila dipakaikan pangkat Leftenan Muda TUDM (LtM TUDM) hari ini yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

LtM Muhammad Arash Daniel bin Afandi merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik dan beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Mengimbas permulaan kariernya, beliau mula menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia pada 14 Ogos 2020. Beliau telah menamatkan pengajian dalam Ijazah dan Latihan Ketenteraan Australian Defence Academy di Australian Defence College dalam jurusan Science in Aviation and Mathematics and Statistic pada 13 November 2023 dari University of New South Wales.

Majlis pemakaian pangkat ini turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta beberapa Pegawai Kanan TUDM. Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada LtM Muhammad Arash Daniel bin Afandi yang dinaikkan pangkat hari ini dan kejayaan yang diperolehi khususnya di dalam pengajiannya serta pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Kenaikan pangkat hari ini adalah permulaan langkah perjalanannya di dalam perkhidmatan TUDM khususnya dan ATM amnya. Semoga beliau terus kekal cemerlang demi perkhidmatan TUDM serta untuk agama, bangsa dan negara.