π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ 𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 π€π’πˆπ€ πŸπŸ’: ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŸ‘ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 7 Mei 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan telah menerima tiga kunjungan hormat daripada delegasi luar negara bersempena Pameran dan Persidangan DSA & NATSEC Asia 2024 pada hari kedua.

Antara yang mengunjungi Panglima Tentera Udara adalah Air Chief Marshal Aram Sakulkaew, Chief of Exercutive Staff for Commanding Officer, RTAF; Air Marshal Mahmoud Fouad Abdel Gawad, Commander of Egyptian Air Force dan Major General Muhammed Qaddafi, Director General Operations and Plans Joint Staff Headquaters (Pakistan).

Dalam sesi kunjungan hormat ini, Panglima Tentera Udara telah menzahirkan ucapan terima kasih di atas kehadiran mereka ke pameran ini dan berharap agar hubungan baik dan diplomasi pertahanan akan terus terjalin dalam usaha mewujudkan kerjasama strategik pertahanan pada masa akan datang.