IPOH, 25 Apr 24 β Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Datoβ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Siri 1/24 bertempat di Dewan Rajawali, ATU. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua Komandan, Komander dan Pegawai Memerintah unit-unit naungan MPPLU.
Mesyuarat yang dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula dari 23 hingga 25 Apr 24 telah memfokuskan kepada isu semasa dan rancangan hadapan dalam mendukung fungsi serta peranan MPPLU selari dengan Pelan Strategik CAP55 yang melibatkan elemen pendidikan dan latihan di dalam TUDM.
Pada mesyuarat edisi kali ini, sebanyak empat belas (14) taklimat berkaitan RMAF Requirement vs Training Capacity telah dibentangkan oleh unit-unit naungan.
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan memberikan idea yang kritis demi kecemerlangan organisasi. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pihak ATU dan sekretariat penganjur yang mengkoordinasikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara kali ini.