ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€πŠπ€π‹ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍

WhatsApp Image 2024 03 26 at 30846 PM WhatsApp Image 2024 03 26 at 30847 PM WhatsApp Image 2024 03 26 at 30847 PM 1
WhatsApp Image 2024 03 26 at 30852 PM WhatsApp Image 2024 03 26 at 30852 PM 1

 

KUALA LUMPUR, 26 Mac 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan di pejabat beliau.

Kunjungan ini adalah bersempena dengan lantikan pegawai-pegawai ATM sebagai Penasihat Pertahanan Malawakil Luar Negara. Panglima Tentera Udara menerima kunjungan daripada Kol Dr. Nizlan bin Mohamed sebagai Penasihat Pertahanan di New Delhi, India; Kol Suhaidi bin Hj Saad sebagai Penasihat Pertahanan di Abu Dhabi, UAE; Kept Mahadzir bin Mokhtar TLDM sebagai Penasihat Pertahanan di Beijing, China dan Kdr Azizan bin Mat Jan TLDM sebagai Penasihat Pertahanan di Riyadh, Arab.

Dalam pertemuan ini, Panglima Tentera Udara turut mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab kepada semua pegawai terlibat.