TANJUNG BUNGAH, 4 Okt 24 – Bengkel Pembangunan Kurikulum Forensik Siasatan, Cawangan Provos Marsyal TUDM tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Sep 24 hingga 4 Okt 24 bertempat di Pusat Hospitaliti Tentera Udara, Pulau Pinang.
Objektif bengkel adalah untuk membincangkan pembangunan Kurikulum Forensik Siasatan CPM TUDM untuk menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) yang bersesuaian, membincangkan modul-modul subjek yang perlu dimasukkan ke dalam Kurikulum Forensik Siasatan CPM TUDM supaya selari dengan keperluan siasatan kes mengikut peredaran masa dan menyediakan asas yang kukuh dalam usaha melahirkan pegawai dan anggota LLP yang berkebolehan untuk melaksanakan forensik siasatan ketika berada di lapangan.
Bagi memastikan objektif penganjuran bengkel ini tercapai, bengkel ini turut mendapat khidmat nasihat daripada PS 2 Latih Mej Mohammad Nizam bin Abdul Rahim TUDM, Markas Tentera Udara - Latih (MTU - Latih) sebagai subject Matter Expert (SME). Penglibatan tenaga mahir ini dalam membangunkan kurikulum pastinya akan memberi lebih impak dari segi perkongsian idea disamping berkongsi pengalaman dan imu bagi memantapkan pengisian kurikulum kursus.
Hasil penggemblengan idea dan percambahan minda seramai 30 peserta yang terdiri dari pegawai dan anggota dari CPM TUDM dan CPJ Zon yang menyertai bengkel ini, 3 kurikulum kursus telah dibangunkan iaitu:
1. Kursus Pegawai Penyiasat (IO).
2. Kursus Penolong Pegawai Penyiasat (AIO).
3. Kursus Detektif Jenayah dan Narkotik.
Sepanjang tahun 2022 hingga tahun 2023, beberapa pegawai dan anggota dari Cawangan ini telah mengikuti kursus – kursus dalam bidang siasatan dengan agensi luar seperti PDRM, SPRM, AADK, ILKAP dan CyberSecurity Malaysia. Hasil dari kehadiran pembelajaran kursus tersebut, CPM TUDM mengambil inisiatif membangunkan kurikulum sendiri mengikut keperluan penugasan siasatan dalam TUDM dan ATM.
Turut hadir ialah Provos Marsyal Udara, Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM dan PS 1 Operasi CPM TUDM, Lt Kol Abd Rahim bin Jaafar TUDM. Semoga melalui penganjuran bengkel sebegini dapat memberikan manfaat dalam kesiapsiagaan Cawangan Provos Marsyal TUDM