ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ π’πŠπ”π€πƒπ‘πŽπ πŸ‘πŸπŸŽ πŠπ€π‹πˆ πŠπ„π„πŒππ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUANTAN, 4 Dis 24 – Skuadron 320 telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah bertempat di Bangunan TAACOM, pagi ini.

Perbarisan terdiri daripada dua (2) flait telah diketuai oleh Mej Syamsuhaimi bin Ramli TUDM; Ajutan Perbarisan, Kapt Amirul Ashraf bin Ahmad Danian TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Samsul bin Maspang.

Aturcara perbarisan dimulakan dengan tabik hormat kepada Pegawai Memerintah, Nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa. Seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM.

Usai pemeriksaan perbarisan, Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM menyempurnakan pemakaian pangkat anggota dan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota kejuruteraan yang terlibat bagi penghasilan Virtual Machine Server untuk sistem C2 Sentry. Perbarisan diakhiri dengan bacaan Ikrar Rukun Negara oleh semua warga Skuadron 320.

Seluruh warga pangkalan mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat serta pegawai dan anggota kejuruteraan dalam kejayaan menghasilkan Virtual Machine Server. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.