ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ€ππƒπ„π‘ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŠπ”π€ππ“π€π

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 14 Nov 24– Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bertempat di Dispersal Area Cawangan Kejuruteraan. Upacara perbarisan telah dimulakan dengan tabik hormat kontinjen perbarisan kepada Komander Pangkalan, Nyanyian Lagu Negaraku, Perwira Di Angkasa dan lafaz ikrar Rukun Negara. Seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan.

Perbarisan statik ini merupakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan yang pertama bagi Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM setelah mengambil alih tugas sebagai Komander Pangkalan Udara Kuantan.

Dalam ucapannya, beliau menasihatkan agar semua warga pangkalan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan diri dan keluarga dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bakal berakhir pada Mac 2025.

Beliau turut menzahirkan fokus utama beliau untuk menaik taraf dan membaik pulih kuarters-kuarters yang sedia ada bagi menangani masalah warga pangkalan yang terpaksa menyewa di luar dengan harga yang tinggi dek kerana terlalu banyak kuarters yang usang dan tidak selamat untuk didiami. Hal ini sekaligus dapat membantu warga pangkalan mengurus kewangan dengan lebih baik.

Selain mampu meningkatkan kesejahteraan sesama warga pangkalan dan berupaya memesatkan ekonomi perniagaan makanan di Medan Selera D’ Angkasa, beliau beraspirasi untuk menaik taraf medan selera pangkalan tersebut agar lebih selesa.

Kecemerlangan Pangkalan Udara Kuantan dalam pertandingan sukan tidak lagi dapat disangkalkan lagi. Kepercayaan demi kepercayaan tetap diberikan agar kecemerlangan dapat diteruskan walau berbekalkan fasiliti yang mendukacitakan. Oleh itu, Komander Pangkalan berhajat untuk mempunyai Pusat Sukan kerana bukan sahaja berdaya untuk meningkatkan kualiti pasukan, malah boleh digunakan oleh warga pangkalan untuk beriadah.

Akhir ucapan, beliau menegaskan nilai ketenteraan dan β€œminded operation” perlu ada dalam jiwa seluruh warga pangkalan selain sentiasa bersiap sedia untuk berkhidmat dan berjuang demi Negara.