ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„πŒπˆπ‹πˆπ‡π€π 𝐏𝐖 π“π”πƒπŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐖 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ π“π”πƒπŒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6

 

MELAKA, 28 Ogos 24 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Penetapan Tatacara Pemilihan PW TUDM dan PW Istiadat TUDM mulai 26 hingga 28 Ogos 24 bertempat di Puteri Bay Hotel, Melaka. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai Kanan dan Pegawai Waran yang mewakili tred masing-masing dari Markas/ Pangkalan/ Unit TUDM.

Objektif bengkel ini fokus kepada menetapkan secara terperinci isu perlantikan PW TUDM dan PW Istiadat TUDM. Selain itu, menetapkan kesinambungan tugas PW TUDM dilantik terus dari PW Istiadat TUDM dan pembentangan kertas kerja penetapan PW TUDM dan PW Istiadat TUDM untuk dimuktamadkan.

Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh PS 1 Urus LLP, Lt Kol Shahril Anuar bin Mohd Yusof TUDM. Bengkel yang dilaksanakan selama 3 hari ini telah mencapai objektif untuk penetapan tatacara pemilihan PW TUDM dan PW Istiadat TUDM.