πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„π‘π€π‹πˆπ‡π€π πŠπŽπŒπ€ππƒπ„π‘ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐄𝐂 πŸ•πŸπŸ“ 𝐀𝐏 π’πˆπ‘πˆ πŸπŸ•πŸπŸ”/πŸπŸ’ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„π‘π€π‹πˆπ‡π€π πŠπ”π€π‘π“π„π‘πŒπ€π’π“π„π‘ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐄𝐂 πŸ•πŸπŸ“ 𝐀𝐏 π’πˆπ‘πˆ πŸπŸπŸπŸ’/πŸπŸ’

DSC 8164 DSC 8168 DSC 8174
DSC 8190 DSC 8192 DSC 8195
DSC 8216 DSC 8232 DSC 8255

 

KUANTAN, 11 Sep 24 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Peralihan Komander Pesawat EC 725 AP Siri 1716/24 dan Kursus Peralihan Kuartermaster Udara Pesawat EC 725 AP Siri 2114/24 bertempat di Auditorium No 10 Skuadron, hari ini.

Seramai tujuh (7) pegawai telah berjaya menamatkan Kursus Peralihan Komander Pesawat EC 725 AP Siri 1716/24 manakala enam (6) anggota LLP berjaya menamatkan Kursus Peralihan Kuartermaster Udara Pesawat EC 725 AP Siri 2114/24.

Kursus ini terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu fasa kajian bawah dan fasa penerbangan. Sebanyak 28 jam penerbangan harus diharungi bagi peserta Kursus Peralihan Komander Pesawat EC 725 AP Siri 1716/24 dan sebanyak 18 jam penerbangan bagi peserta Kursus Peralihan Kuartermaster Udara Pesawat EC 725 AP Siri 2114/24.

Turut hadir ke majlis ialah Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Baharyzal bin Bahrudin TUDM yang mewakili Komander Pangkalan; Pegawai Memerintah No 10 Skuadron, Lt Kol Ahmad Farhan bin Ahmad TUDM dan Pegawai-pegawai Memerintah serta Ketua-ketua Cawangan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kursus yang telah menamatkan kursus dengan jayanya.