TAWAU, 10 Ogos 24 β Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Latihan Kelawar Siri 15/24 di Borneo Royale Hotel, Tawau. Dalam ucapannya, Ketua Staf MAWILUD 2 menzahirkan penghargaan kepada semua peserta latihan, pasukan keselamatan dan agensi yang terlibat seperti Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) dan Malaysia Airports Sendirian Berhad (MASB) atas kerjasama dan bantuan sepanjang berlangsungnya latihan tersebut.
Sebanyak 25 sortie dengan 41.4 jam penerbangan telah dilaksanakan oleh 3 buah pesawat EC725AP sepanjang berlangsungnya latihan tersebut dari 1 hingga 9 Ogos 24. Latihan ini juga telah melibatkan kawasan Daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu serta berpusat di Pusat Bantuan Operasi TUDM (PBOU).
Latihan Kelawar Siri 15/24 merupakan latihan penerbangan helikopter EC725AP pada waktu malam bersama-sama anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) melibatkan pelaksanaan pelbagai latihan seperti Combat Search and Rescue (CSAR), Aerial Broadcast and Sniping, Military Freefall, Military Counter-Terrorism Mission (MCTM), Roll Duck dan Airtep.
Latihan selama sembila (9) hari ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan keupayaan dan kesiapsiagaan anak kapal pesawat EC725AP serta anggota PASKAU dalam mempraktikan taktik dan prosedur pada waktu malam, meningkatkan keupayaan anak kapal pesawat EC725AP untuk beroperasi daripada Pangkalan Udara Berkala Lahad Datu dan meningkatkan keupayaan komunikasi di kawasan operasi di Pantai Timur Sabah yang dikawal selia oleh TUDM.