ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ π“πˆπ†π€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 2 Jan 25 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima tiga kunjungan hormat di pejabat beliau hari ini yang dimulakan dengan kunjungan hormat daripada Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Haji Mohamad Azuwan bin Harun.

Seterusnya, PTU turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan, Laksamana Muda Fadhil bin Abdul Rahman dan diikuti dengan Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir bersempena pelantikan beliau sebagai Pegawai Waran TUDM ke-10 pada 19 Disember 2024.

Dalam kunjungan hormat tersebut, Panglima Tentera Udara telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Laksamana Madya Haji Mohamad Azuwan bin Harun, Laksamana Muda Fadhil bin Abdul Rahman, dan PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir atas pelantikan mereka ke jawatan masing-masing.