SUBANG, 3 Disember 2024 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Brig Jen Sharani bin Kamaruddin TUDM bersempena dengan persaraan beliau di dalam perkhidmatan tidak lama lagi.
Dalam pertemuan ini, Panglima Operasi Udara menzahirkan ucapan terima kasih kepada Brig Jen Sharani bin Kamaruddin TUDM di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.