πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‹π„π’π“πˆπ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐎𝐏 πˆπ‡π’π€π

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

Kuala Lumpur, 27 November 2024 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Pengurusan Kebajikan Warga Palestin kepada Op Ihsan yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) hari ini.

Seramai 128 orang warga Palestin yang terdiri daripada 41 orang pesakit yang telah selesai menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Malaysia serta 87 orang waris termasuk seorang bayi yang baru dilahirkan pada 31 Oktober 2024 di WTKL terlibat dalam majlis ini. Inisiatif ini adalah sebagai langkah penambahbaikan pasca-rawatan ke atas warga Palestin dalam memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempatan.

10 11 12
13 14 15

 

Op Ihsan adalah merupakan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif serta berperanan memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Semoga kebajikan rakyat Palestin dapat diurus tadbir dengan baik oleh Op Ihsan yang mempunyai pengalaman dalam mengurus hal ehwal migran di Malaysia.