π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŒπ„ππ˜π„πŒππ”π‘ππ€πŠπ€π ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŒπ„π‰ πˆπ‘. ππ€π•πˆππƒπ„π‘π€π 𝐀/𝐋 π’π”ππ‘π€πŒπ€ππˆπ€πŒ π“π”πƒπŒ

WhatsApp Image 2024 11 27 at 154025 WhatsApp Image 2024 11 27 at 153813 WhatsApp Image 2024 11 27 at 153812

 

KUALA LUMPUR, 27 November 2024 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Mej Ir. Navinderan a/l Subramaniam TUDM dalam satu majlis yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.

Mej Ir. Navinderan a/l Subramaniam TUDM telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM mulai 4 November 2024 dan kini menjalankan tugas sebagai PS 1 Bantuan di Bahagian Inspektorat TUDM.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

Timbalan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Lt Kol Ir. Navinderan a/l Subramaniam TUDM atas kenaikan pangkat tersebut. Semoga beliau terus maju jaya dan cemerlang dalam perkhidmatan ATM khasnya dan TUDM amnya.