π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐒𝐓𝐀𝐅 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀

1

 

KUALA LUMPUR, 26 Nov 24 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, telah menerima kunjungan hormat daripada Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan nasihat, panduan, serta mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM bagi Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM menjalankan tugasnya sebagai Ketua Staf Khidmat Markas Pemerintahan Bantuan Udara yang baharu, agar selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau CAP55.

Dalam pertemuan ini, Timbalan Panglima Tentera Udara turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM atas pelantikan beliau sebagai Ketua Staf Khidmat Markas Pemerintahan Bantuan Udara.