KUALA LUMPUR, 30 Sep 24 β Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM hari ini telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Kejuruteraan yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.
Dalam majlis ini, Mej Jen Datoβ Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM menyerahkan tugas Asisten Ketua Staf Kejuruteraan kepada Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM. Sebagai simbolik peralihan pemerintahan, Mej Jen Datoβ Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM telah menyerahkan sijil serah terima tugas dan tongkat kuasa kepada Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM dengan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara.
Turut hadir ke majlis ini ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Datoβ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.
Timbalan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM mengucapkan terima kasih kepada Mej Jen Datoβ Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan Asisten Ketua Staf Kejuruteraan dan tahniah diucapkan kepada Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM yang diamanahkan sebagai Asisten Ketua Staf Kejuruteraan yang baharu. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.