π“π”πƒπŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π€ππ‰π”π‘πŠπ€π π…πŽπ‘π”πŒ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŠπ„π‘πŽπ‡π€ππˆπ€π 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚πˆπ•πˆπ‹ πŒπˆπ‹πˆπ“π€π‘π˜ π‚πŽπŽππ„π‘π€π“πˆπŽπ (π‚πˆπŒπˆπ‚) πƒπˆ πŒπ€π’π‰πˆπƒ π‰π€πŒπ„πŠ 𝐀𝐍-𝐍𝐔𝐑 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

LABUAN, 24 Sep 24 – Pangkalan Udara Labuan telah menganjurkan Forum Perdana Kerohanian bagi menyokong dasar Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) iaitu penganjuran Program Pengukuhan Kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Awam atau Civil Military Cooperation (CIMIC) di Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan.

Forum Perdana yang bertajuk Jalinan Iman dan Keselamatan Dalam Membangun Ummah yang disampaikan oleh YBrs Al-Fadhil Ustaz DR Muhammad Abdullah Khairi dan Al-Fadhil Ustaz Haslin Bahrim. Ketua Staf Markas Pemerintahan Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM dan Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Hj Muhammad Taha Bin Hamdan TUDM turut hadir ke program ini. Selaian itu, turut memenuhi jemputan adalah daripada pengarah/ ketua daripada jabatan/ agensi yang berada di WP Labuan.

Program ini melibatkan kehadiran daripada warga TUDM dari Pangkalan Udara Labuan serta seluruh masyarakat di Labuan. Seramai 400 warga TUDM terdiri daripada Eksekutif Pangkalan, pegawai-pegawai dan anggota LLP serta dihadiri hampir 2000 masyarakat komuniti awam di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pangkalan Udara Labuan merupakan penganjur utama disamping penglibatan kerjasama daripada jabatan/ agensi di WP Labuan iaitu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan, Majlis Agama Islam WP Labuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam WP Labuan (JAWI), Jawatankuasa Masjid Jamek An-Nur, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) WAHDAH. Hal ini sebagai inisiatif jalinan Kerjasama dalam mencapai objektif program.

Objektif program ini adalah sebagai medium mengeratkan hubungan silaturahim antara TUDM khusunya Pangkalan Udara Labuan Bersama agensi/ jabatan di WP Labuan disamping memupuk kesedaran kepentingan bersama dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara bagi menjamin kehidupan yang harmoni.

Diharapkan supaya kerjasama sebegini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dalam memupuk hubungan baik antara pihak warga pertahanan bersama komuniti awam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

SENTIASA DI ANGKASA RAYA
DISIPLIN DAN DEDIKASI