Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Matlamat TUDM secara menyeluruh ialah untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara.  Sebagai salah satu elemen pertahanan di dalam Angkatan Tentara Malaysia, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh.  Ia melibatkan offensive airstrike“, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.
  2. Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara.  Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.
  3. Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.
  4. Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.