Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Jul 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Pangkalan Udara Labuan

TUDM Labuan bermula dari penempatan satu detasmen TUDM yang ditumpangkan ke Tentera Udara Di Raja British iaitu Air Force Borneo dibawah pemerintahan Group Captain S.J. Rawling. Pada mulanya detasmen ini mengendalikan pergerakan udara pesawat pengangkutan TUDM yang berulang alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Setelah Malaysia ditubuhkan pada 16 Sep 1963 beberapa orang anggota telah ditumpangkan ke Air Force Borneo di Labuan.  Pada mulanya detasmen TUDM Labuan mempunyai 4 buah pesawat Twin Pioneers yang dipinjamkan dari Skuadron Pertama TUDM KL dengan 6 orang pegawai (Juruterbang), 2 PTT Kanan dan 26 orang Ahliudara. 2 orang Kpl dan 8 Ahliudara dari Flt 101 Volunteer Reserve telah ditugaskan mengawal keselamatan Hanger. Detasmen ini diketuai oleh Sqn Ldr Jaswant Singh, beliau juga merupakan Pegawai Kanan TUDM Pertama berkhidmat di Sabah.

Sebaik sahaja meletusnya konfrontasi diantara Malaysia dan Indonesia keadaan di sempadan Sabah dan Sarawak di antara Malaysia dan Indonesia begitu meruncing sekali.  Keadaan ini memerlukan Pangkalan pesawat-pesawat terbang TUDM Labuan.  Pangkalan detasmen begitu perlu bagi melicinkan pentadbiran, kawalan lojistik dan tugas-tugas operasi.

Cawangan Pentadbiran merupakan merupakan tulang belakang detasmen telah ditubuhkan pada Januari 1965.  Pegawai Tadbir ketika itu ialah Flight Liutenant Abdul Aziz bin Haji Ismail. Ketika itu Pegawai-pegawai dari Cawangan Tadbir, Judara dan Lojistik ditempatkan di mes Pegawai RAF di Labuan. Juruterbang pesawat Twin Pioneer pula ditempatkan di Mes Pegawai Membedai.  Ahli-ahli udara pula ditempatkan di Kem MAFBOR.

Setelah berakhirnya konfrontasi pada September 1965 detasmen kecil TUDM terus berkembang bagi menampung bidang tugas dan kerja-kerja yang berat setelah RAF meninggalkan Labuan peringkat demi peringkat. Pada bulan November 1965, Skn Lojistik TUDM telah ditubuhkan dan diketuai oleh F/Officer Lawrence Chai. Tugas utama skuadron ini ialah mengambil alih kesemua perkakas di Pangkalan ini dari RAF.

Dari empat buah Twin Pioneer yang dipinjamkan dari Skuadron Pertama TUDM KL maka tertubuhlah Skuadron Ke Lapan pada tanggal 01 Mac 1966 bertempat di Labuan juga menggunakan pesawat yang sama.  Ketua Skuadron yang pertama ialah Squadron Leader Omar bin Seman. Perkembangan seterusnya pada 05 September 1966, Skuadron Ke Lapan telah mendapat empat pesawat DC Haviland DHC 4 Caribou.  Pesawat-pesawat ini adalah pemberian kerajaan Kanada dan telah pun diterbangkan ke negara kita pada 15 Mei 1966 dari Kanada. Pada tanggal 16 Mei 1966 Skuadron Ke Lima yang ditubuhkan di Kuala Lumpur telah berpindah ke Labuan dengan 10 buah pesawat Allouette III.  Lima buah pesawat Allouette ditempatkan di Labuan dan lima buah lagi di Tawau.  Skuadron Ke Lima ditubuhkan dengan seramai 27 orang pegawai, 7 orang Sjn dan 36 orang Ahliudara termasuk 13 orang Jurutekniknya.

Pada tanggal 01 Julai 1966 TUDM Labuan telah ditauliahkan sebagai Pangkalan TUDM yang pertama di luar Semenanjung Malaysia.  Pada tahun itu juga kumpulan pertama pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara TUDM telah ditukarkan ke Labuan.  Ketika itu Kawalan Lalu Lintas Udara dikendalikan oleh RAF, mereka telah mengambil alihnya dari Jabatan Penerbangan Awam semasa konfrontasi. Pengawasan kapalterbang dilakukan dari sebuah bangunan kayu yang usang. Pada tahun 1967 Menara Kawalan yang ada ketika itu telah didirikan.  Beberapa orang pegawai dan anggota TUDM telah ditumpangkan ke Skuadron Kawalan Kapalterbang RAF.  Kekuatan anggota RAF telah dikurangkan dan proses mengambil alih Kawalan Lalu Lintas Udara pun bermula. Pada tahun 1968 Skuadron Kawalan Lalu Lintas Udara telah ditubuhkan.  Skuadron ini telah mengendalikan Kawalan Lalu Lintas Udara sepenuhnya hingga kini.  Skuadron ini terbahagi kepada 3 cawangan iaitu Cawangan KLLU, Bilik Gerakan dan Cawangan Bomba.

Perasmian penubuhan Pangkalan TUDM Labuan telah dilakukan pada tahun 1968.  Pembukaan rasminya telah dilakukan oleh YAB Menteri Pertahanan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussain. Semenjak ditubuhkan Pangkalan ini telah melangkah maju setapak demi setapak dibawah beberapa orang Pegawai Memerintahnya.

Wawasan

MENJADI SEBUAH PANGKALAN UDARA UTAMA MENCAPAI

TAHAP ISO 9000 DI BIDANG PENGURUSAN

Dasar Kualiti

KAMI ANGGOTA TUDM LABUAN BERILTIZAM KE ARAH PENCAPAIAN KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN MELALUI PENERAPAN BUDAYA KUALITI DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA TUGAS DENGAN BETUL, TEPAT PADA WAKTUNYA, KALI PERTAMA DAN SETIAP KALI UNTUK MENCAPAI KEPUASAN PELANGGAN