Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Pangkalan Udara Subang

Dengan peranan tugas dan tanggungjawab yang semakin pesat serta mencabar,  pihak TUDM melihat perkembangan ini sebagai suatu asas yang menuju kearah positif. Peningkatan tugas yang dipohon kepada TUDM untuk menjalankannya, membuatkan TUDM merasakan adalah menjadi keperluan  untuk membina satu lagi pangkalan udara yang baru serta serba lengkap bagi menangani keperluan tersebut. Ekoran dari itu pihak kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan penubuhan satu lagi pangkalan udara iaitu Pangkalan Udara Subang yang mana pada asalnya dikenali sebagai TUDM Subang. Pangkalan ini telah dibina di satu kawasan ladang kelapa sawit yang berlembah berhadapan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Secara amnya, ia ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1985. Tujuan pangkalan ini dibina adalah untuk menggerakan operasi Maritime Ops dan Tactical Airlift,  yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Lt Kol (U). Pada 3 Disember 1986, jawatan Ketua Detasmen ini telah dinaik taraf kepada Pegawai Memerintah. Jawatan ini kemudiannya telah ditukarkan kepada Komander Pangkalan mulai tahun 2003.

Sejarah bermula dengan terdidirinya bangunan MATRA dan hangar No 4 Skn. No 4 Skn adalah skuadron yang pertama beroperasi di pangkalan ini setelah dipindahkan operasinya dari TUDM Kuantan ke TUDM Subang untuk melaksanakan penerbangan maritim dengan menggunakan pesawat PC-130, seterusnya diikuti oleh No 14 Skn yang menempatkan pesawat pengangkut C-130. Pada tahun 1991, No 2 Skn telah dipindahkan dari TUDM Kuala Lumpur ke TUDM Subang bagi menempatkan pesawat-pesawat VVIP/VIP. Pada 1994 No 16 Skn telah diwujudkan dan menempatkan pesawat B200T iaitu Skn Maritim. Pada 1999 No 21 Skn telah ditubuhkan dengan menggunakan perjawatan No 1 Skn dan menempatkan pesawat CN-235 yang dibeli dari Indonesia

 

Peranan Dan Tugas

Pangkalan Udara Subang juga bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada orang kenamaan seperti Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Pemerintahan (Menteri) tidak ketinggalan juga orang kenamaan dari negara lain. Selain dari itu Pangkalan juga memberikan bantuan perkhidmatan kepada pasukan tentera dan polis serta  beberapa agensi  jabatan kerajaan yang lain.

Pihak Pangkalan juga banyak terlibat di dalam operasi bersama Bangsa-Bangsa Bersatu seperti penerbangan ikhsan bantuan untuk mangsa bencana alam, konflik dan sebaginya diluar negara antaranya Indonesia, Pakistan, Lubnan, Afghanistan, Timur Leste dan beberapa negara lagi.

Pihak Pangkalan juga terlibat secara langsung di dalam OPS PIRAMID yang mana berganding bahu berkerjasama dengan syarikat penerbangan  swasta seperti MAS dan Air Asia, melakukan penerbangan Ikhsan mengeluarkan pelajar di negara yang bermasalah seperti Mesir dengan jayanya yang mana ianya telah mengharumkan nama TUDM dan ATM khasnya. TUDM juga terlibat di dalam pengeluaran pelajar Malaysia dari Indonesia semasa tempat mereka dilanda gempa bumi ekoran meletusnya ledakan gunung berapi.

Pangkalan Udara ini telah menjadi salah satu tarikan kepada pasukan tentera udara sahabat untuk mengisi bahan bakar serta lain-lain perkhidmatan atau bermalam dan memakir pesawat di sini. Pangkalan Udara Subang telah berkembang dengan pesat serta dilengkapi peralatan serba moden di mana banyak bangunan pejabat seperti Hangar, Pergerakan Cabang Udara dan lain-lain lagi serta rumah kelamin dinaik taraf sesuai dengan pengenalan Air Force Next Generation.