Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Feb 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Pangkalan Udara Kuala Lumpur

Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force). Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas.

Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar, Singapura. Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF. Pada tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956. Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup.

Sehingga tahun 1960, seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini. Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960.

Pada 25 Okt 1960, Kerajaan British secara rasminya menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kegunaan TUDM. Oleh kerana pada waktu itu TUDM masih kekurangan pegawai dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada merupakan pinjaman daripada negara asing maka Pegawai Memerintah pangkalan masih dipinjam dari Tentera Udara Diraja British. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 31 Mac 1969, pangkalan ini diteraju oleh anak tempatan pertama sebagai Pegawai Memerintah iaitu Gp Captain Mohammed Taib.

Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM. Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia.

Unit-unit yang terdapat di Pangkalan Udara Kuala Lumpur ialah:

  • Markas Wilayah Udara 1
  • Markas Pemerintahan Bantuan Udara
  • Institut Perubatan Penerbangan
  • EWSC
  • Matra 1
  • SFCU
  • MTU – Bina
  • MTU – Istiadat
  • MPSTU
  • Pusat Muzik TUDM
  • Badan Kesenian Tentera Udara
  • Muzium TUDM
  • Cawang Provos Marshal
  • Jabatanarah Perundangan
  • 814 RSAT
  • 628 PGAT