Kemaskini Terakhir: Khamis,27 Apr 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Piagam Pelanggan

 

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

 

Elemen  Pencapaian Kepatuhan
  Jan   Feb   Mac   April   Mei   Jun

2. Memastikan ketersediaan capaian kepada laman web TUDM sentiasa boleh diakses ditahap 99.98%.

    2.1 Memastikan rangkaian dan sistem aplikasi mencapai tahap ketersediaan capaian tidak kurang 99.98% sepanjang tempoh waktu bekerja dalam operasi normal.
    2.2 Menyelesaikan 100% insiden keselamatan ICT dalam tempoh 24 jam.
    2.3 Paparan maklumat yang dipamerkan di dalam portal rasmi TUDM akan disampaikan dengan jelas dan mudah difahami.
    2.4 Ucapan/Keratan Akhbar/Artikel/Publikasi di portal rasmi TUDM akan dimuat naik dalam masa 1 hari bekerja selepas acara/aktiviti berlaku.
    2.5 Semua publikasi/arahan/doktrin boleh diakses dan di muat-turun di dalam portal rasmi TUDM.

3. Menyelesaikan aduan pelanggan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

    3.1 Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan aduan.
    3.2 Memberikan maklumbalas tentang status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

Ketua Pegawai Maklumat

TPTU2017

NAMA  : LEFTENAN JENERAL DATO’ SRI ACKBAL BIN HJ ABDUL SAMAD TUDM

EMAIL : ackbal@mod.gov.my

TELEFON  : +603-20714050

FAX : +603-26948135

 

Poster

 

SEKSYEN INTEGRITI TUDM

SEKSYEN INTEGRITI TUDM

LATAR BELAKANG

1.      Sistem Tadbir Urus yang terbaik dalam organisasi dan budaya kerja berkualiti adalah merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan warga TUDM terhadap keupayaan TUDM dalam melaksanakan fungsi yang dimandatkan. TUDM sentiasa mengambil langkah untuk memantapkan agenda Integriti bagi menentukan warga TUDM menjunjung dan menegakkan prinsip Integriti serta akauntabiliti ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

2.      Arahan YAB Perdana Menteri melalui Arahan No. 1 Tahun 2009 iaitu Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) telah menetapkan semua Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.

3.      Seterusnya, penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh untuk meningkatkan semangat patriotisme, membendung kesalahan tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

4.      Manakala, melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Mac 2014 telah bersetuju supaya usaha pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran organisasi terus dipertingkatkan melalui Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) bagi menggantikan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU). Sejajar dengan perkembangan ini, TUDM telah menubuhkan JITU di peringkat TUDM di bawah kawal selia Bahagian Tadbir.

5.      Kementerian Pertahanan dan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) telah menubuhkan Unit Integriti masing-masing. Unit Integriti TUDM telah ditubuhkan secara rasminya pada 9 Dis 2015 seiring dengan agenda memperkasakan Integriti di dalam TUDM.

 

FUNGSI SEKSYEN INTEGRITI TUDM

6.      Secara umumnya, semua unit Integriti yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras. Seksyen Integriti TUDM akan melaksanakan tanggungjawab tersebut bersama agensi sedia ada seperti Inspektorat TUDM, Jabatanarah Provos Marsyal TUDM, Jabatanarah Perundangan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatanarah Perisikan Udara dan lain-lain agensi berkaitan berdasarkan kepada isu dan situasi semasa.

          a.      Tadbir Urus

(1)     Memastikan tadbir urus TUDM yang melibatkan isu Integriti bagi membendung salahlaku tatatertib serta pelanggaran tata kelakuan dan etika TUDM dilaksanakan secara efektif.

(2)     Bertindak sebagai Sekretariat dalam hal-hal yang melibatkan tadbir urus melalui pengharmonian maklum balas di antara Bahagian-Bahagian.

(3)     Menyalurkan dapatan hasil pengesanan dan pengesahan pelanggaran Integriti yang melibatkan isu dasar serta sistem dan prosedur kepada Sekretariat JITU untuk tindakan selanjutnya.

(4)     Mencadangkan penambahbaikan, peningkatan serta pembaharuan kepada dasar/arahan/sistem dan prosedur dalam TUDM kepada peringkat Sekretariat JITU ATM.

 

            b.      Pengukuhan Integriti

(1)     Mengenal pasti permasalahan dan mereka bentuk inisiatif   yang bersesuaian dan efektif untuk menangani masalah.

(2)     Melaksanakan kajian ke atas data-data dalaman dan luaran yang diperolehi dan membuat analisa dapatan berkaitan jenis kesalahan, permasalahan, kekerapan kesalahan, trends dan sebagainya.

(3)     Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai Integriti dalam TUDM.

(4)     Memantapkan amalan nilai-nilai murni dan mengurangkan kes-kes pencemaran Integriti melalui program kesedaran     (awareness), ceramah/bengkel/kursus, dan pemantauan kerja-kerja penguatkuasaan oleh agensi yang berkaitan.

 

            c.       Pengesanan dan Pengesahan

(1)     Mengesan dan mengesahkan aduan pencemaran Integriti, salahlaku tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja warga TUDM serta memastikan tindakan susulan diambil.

(2)     Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika TUDM serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi tindakan susulan.

(3)     Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salah laku tatatertib.

 

          d.      Pengurusan Aduan

(1)     Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja TUDM.

2)      Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran serta pertanyaan berkaitan dengan Integriti yang melibatkan salahlaku tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja TUDM.

(3)     Menguruskan saluran aduan samada dengan mewujudkan atau mengasingkan saluran aduan/maklumat khusus untuk salahlaku tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja TUDM kepada staf dalaman dan pihak luar.

 

          e.      Pematuhan

(1)     Memantau pematuhan terhadap dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

(2)     Melaksanakan dan/atau bekerjasama dengan unit-unit pematuhan khusus seperti Inspektorat Tentera Udara, bahagian audit dalaman (jika perlu) dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelanggaran tatakelakuan dan ketidakpatuhan prosedur kerja bagi tindakan susulan oleh Seksyen Integriti dalam aspek tatatertib.

 

          f.       Tatatertib

(1)     Bekerjasama dengan agensi yang berkaitan dalam pengurusan kes tatatertib.

(2)     Melaksanakan kajian analisa ke atas data-data kes tatatertib untuk mengenalpasti isu, trends, sektor bagi cadangan penambahbaikan penginstitusian Integriti di agensi.

 

KESIMPULAN

7.      Persekitaran organisasi perkhidmatan TUDM yang cemerlang ke arah AF-NG harus mempertingkatkan usaha untuk membendung peluang dan ruang pencemaran Integriti di kalangan warganya. Setiap warga TUDM harus memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan Integriti sebagai budaya dalam kehidupan seharian bermula dari rumah dan mempraktikkan Nilai Teras TUDM iaitu Integriti, Keberanian, Kecemerlangan, Setiakawan dan Mengutamakan Perkhidmatan.