PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH SKN 320

DSC 8576 DSC 8592 DSC 8600
DSC 8636 DSC 8679 DSC 8697
DSC 8718 DSC 8803 DSC 8839

 

KUANTAN, 28 Jul 22 – Skn 320 PU Kuantan telah melaksanakan perbarisan Pegawai memerintah Skn 320 bertempat di bangunan TACCOM. Perbarisan kali ini merupakan perbarisan bulanan Pegawai Memerintah Skn 320 kali yang ke 3 bagi tahun 2022.

Perbarisan ini diketuai oleh Mej Adam Dinie Lim TUDM, Ajutan Perbarisan Kapt Amirul Ashraf bin Ahmad Danian TUDM, Ketua Flait 1 Lt Jamaludin Shah bin Zainol Ailan TUDM, Ketua Flait 2 Lt Farhana binti Yahaya TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan PW U II Mohd Norafandi bin Abu Bakar. Perbarisan ini terdiri daripada 4 Pegawai dan 66 anggota LLP.

Acara dimulakan dengan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah Skn 320 Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM. Seterusnya dalam perbarisan ini turut diadakan pemakain pangkat kepada 13 Anggota Lain-lain Pangkat. Pegawai Memerintah Skn 320 turut menyampaikan hasrat dan amanat beliau kepada warga Skn 320, turatamanya dari segi tanggungjawab setiap pegawai dan anggota didalam menjalankan tugas operasi serta mengingatkan warga skn agar menjaga kesihatan mental dan fizikal.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini, anggota terus semangat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.