LAWATAN PEMERIKSAAN KE ATAS PANGKALAN UDARA KUCHING

DSC 0021 DSC 0022 DSC 0028
DSC 0035 DSC 0055 DSC 0111

 

KUCHING, 27 Jun 22 – Tim Inspektorat TUDM telah membuat Lawatan Pemeriksaan ke atas Pangkalan Udara Kuching dari 27 Jun sehingga 1 Jul 22.

Ketibaan deligasi dari Inspektorat TUDM y diketuai oleh Kol Tan Chee Kee TUDM, Pengarah Inspektorat TUDM, di pangkalan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM.

Objektif utama pelaksanaan pengauditan ini adalah untuk menilai tahap pematuhan kepada arahan dan peraturan, tahap pencapaian kesiagaan pasukan, sistem dan prosedur kerja, pelaksanaan pengurusan sumber manusia, aset dan fasilitas, kawalan dalaman serta tindakan pengesanan, punitif dan pemulihan.

Deligasi Inspektorat TUDM juga turut melaksanakan pemeriksaan di Skn 330, Gunung Ngili diiringi oleh Pegawai Memerintah Skuadron.