MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT TUDM ZON UTARA TAHUN 2021

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 22 Jun 2022 - Seramai 102 pegawai dan anggota Lain Lain Pangkat daripada Pangkalan, Skuadron dan Unit di bawah Zon Utara telah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat TUDM bagi tahun 2021 yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM di Auditorium No 18 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth.

Mereka adalah di antara penerima APC daripada keseluruhan 1,210 penerima anugerah APC di dalam TUDM. Kesemua mereka menerima Sijil APC dan juga wang saguhati bernilai RM1,000.00 yang didepositkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan - Islamik (SPPN-i) di bawah seliaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

7 8 9
10 11 12

 

Timbalan Panglima Tentera Udara di dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga TUDM yang telah menerima APC bagi tahun 2021. Pengiktirafan di atas prestasi kerja cemerlang yang ditunjukkan akan terus menjadi pemangkin bagi menyemarakkan motivasi warga TUDM dan pembangunan modal insan yang diimpikan.

Turut hadir ke penyampaian APC adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM; Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Junairi bin Baharom TUDM dan Pegawai Memerintah Pusat Hospitaliti Tentera Udara, Lt Kol Abd Rahim bin Ahmad TUDM.

13 14 15
16 17 18

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC yang membuktikan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan demi perkhidmatan. Semoga terus kekal cemerlang sebagai aset TUDM. Tahniah juga kepada PU Butterworth yang bertindak sebagai penganjur APC kali ini.