LAWATAN RASMI TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE PANGKALAN UDARA KUCHING DAN PANGKALAN UDARA LABUAN

1 2 3
4 5 6

 

Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pangkalan Udara Kuching dan Pangkalan Udara Labuan selama dua hari bermula 20 Jun. Lawatan Timbalan Panglima Tentera Udara turut disertai oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Shamsudin bin Kassim TUDM.

7 8 9
10 11 12

 

Ketibaan TPTU bersama deligasi telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM dan kumpulan eksekutif pangkalan. TPTU telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter. TPTU dan delegasi seterusnya melawat ke Bilik Operasi Skuadron 330 TUDM bagi mengetahui tahap pengoperasian dan kesiagaan Skuadron serta cabaran yang dihadapi.

13 14 15
16 17 18

 

Beliau kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke No 1 Skudaron. TPTU dan delegasi turut meluangkan masa bertemu dan menyantuni pegawai dan anggota No 1 Skuadron, beramah mesra serta mendekati dan mengetahui permasalahan di peringkat pelaksana.

19 20 21
22 23 24

 

Seterusnya, Timbalan Panglima Tentera Udara bersama deligasi meneruskan lawatan rasmi ke Pangkalan Udara Labuan. Selepas mengambil tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter, Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM yang diiringi oleh Panglima Wilayah Udara 2, serta disambut ketibaannya oleh KS MAWILUD 2, Brig Jen Mohd Romi bin Hussien TUDM serta barisan eksekutif Pangkalan Udara Labuan telah membuat lawatan ke No 5 Skuadron. Semasa lawatan ke No 5 Skn, beliau turut menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Terjun Statik Tempur Siri 68/22 dan Kursus Terjun Bebas Tempur Siri 43/22.

25 26 27
28 29 30

 

Selepas itu, beliau melawat ke No 14 Skuadron dan No 6 Skuadron. Timbalan Panglima Tentera Udara dan deligasi telah diberikan taklimat dan penerangan berkenaan pengoperasian skuadron. Mengakhiri lawatan, beliau telah dibawa ke Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) dan ke Skn 340 Bukit Kubong bagi meninjau pengoperasian serta beramah mesra bersama warga udara MAWILUD 2.

Lawatan kerja rasmi ke Pangkalan Udara Kuching dan Pangkalan Udara Labuan juga merupakan lawatan persaraan sebelum beliau mula bercuti dan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Beliau juga mengambil peluang bersemuka dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada semua warga pangkalan yang dilawatinya.