LAWATAN KERJA RASMI PANGLIMA OPERASI UDARA KE PANGKALAN UDARA LABUAN TAHUN 2022

2 1.jpg 3
4 5 6

 

LABUAN, 6 Sep 22 – Panglima Operasi Udara (PANGOP), Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Pangkalan Udara Labuan bagi tahun 2022. Ketibaan PANGOP dan delegasi telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 2 (PANGWILUD 2), Mej Jen Dato' Hj Shamsudin bin Kassim TUDM bersama-sama Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM dan kumpulan eksekutif pangkalan.

Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan sesi bergambar dan tandatangan buku lawatan di Dewan Membedai 2, Pergerakan Udara PU Labuan. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat yang telah disampaikan oleh Komander Pangkalan berkenaan program lawatan kerja ini. PANGOP dan delegasi kemudianya dibawa ke Lapang Sasar Udara (LASARUD), Kota Belud dengan pesawat menaiki pesawat EC 725 AP dari No 5 Skuadron.

7 8 9
10 11 12

 

Setibanya PANGOP dan delegasi di LASARUD, Kota Belud, AKS A4 MAWILUD 2, Lt Kol Saipol bin Jamil TUDM telah menyambut seterusnya memberikan taklimat berkenaan fasiliti serta pengoperasian Lapang Sasar Udara. Selepas tamat taklimat dan makan tengah hari di Kota Belud, delegasi telah berangkat pulang dan meneruskan acara lawatan ke Markas Wilayah Udara 2 sebelum meneruskan lawatan ke Skuadron 340.

Lawatan kerja yang memasuki hari ke-2, PANGOP dan delegasi telah memulakan rangka kerjanya dengan melawat ke Cawangan Kejuruteraan, No 14 Skuadron, No 5 Skuadron dan di No 6 Skuadron. Di dalam lawatan ini PANGOP dan delegasi telah diberikan taklimat ringkas berkenaan tahap kesiagaan serta pengoperasiaan di setiap Skn dan Cawangan yang terlibat.

13 14 15
16 18.jpg 17.jpg

 

Lawatan kerja ini merupakan julung kali dilaksanakan selepas beliau mengambil alih tugas sebagai Panglima Operasi Udara pada 27 Jun 2022 yang lalu.