BRIG JEN HISHAMMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN TUDM MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI AKS KEJURUTERAAN YANG BAHARU

WhatsApp Image 2022 01 21 at 120923 WhatsApp Image 2022 01 21 at 120924 WhatsApp Image 2022 01 21 at 120926 1
WhatsApp Image 2022 01 21 at 120925 WhatsApp Image 2022 01 21 at 120926

 

KUALA LUMPUR, 21 Jan 22 – Mej Jen Dato’ Ir. Mohamad Razip bin A.Samad TUDM telah menyerahkan jawatan AKS Kejuruteraan kepada Brig Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM dalam satu majlis serah terima tugas, hari ini.

Serah terima tugas yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara ini telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

Sementara itu, Mej Jen Dato’ Ir. Mohamad Razip bin A.Samad TUDM turut diraikan di majlis “send off” yang turut dihadiri oleh pegawai dan anggota LLP dari Cawangan Kejuruteraan.

Seluruh warga TUDM menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mej Jen Dato’ Ir. Mohamad Razip bin A.Samad TUDM di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sehingga ke jawatan terakhir sebagai AKS Kejuruteraan. Ucapan tahniah juga kepada Brig Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM di atas pelantikan sebagai AKS Kejuruteraan yang baharu.