SENDAYAN, 28 April 21 - Peminat bubur lambuk dialu-alukan untuk menikmati keenakan juadah tradisional ini melalui program edaran bubur lambuk oleh INSKEP hari ini.
Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM berbesar hati mengadakan gotong royong bersama seluruh warga INSKEP untuk menyediakan, memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada warga PU Sendayan.
Pada masa yang sama, Lt Kol Nasruddin TUDM juga yakin warga INSKEP dan PU Sendayan boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang proses pengagihan dilaksanakan nanti.
Pengagihan bubur lambuk ini akan dilakukan di Balai Pengawal Hadapan dan Belakang PU Sendayan mulai jam 1530H petang ini.