PERBARISAN PEGAWAI WARAN KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0021 resize DSC 0075 resize DSC 0085 resize
DSC 0086 resize DSC 0171 resize DSC 0190 resize

 

ALOR SETAR, 14 Jun 22 – Kolej Tentera Udara telah mengadakan Perbarisan Pegawai Waran Kolej yang diketuai oleh PW U I Muhamad Sharizan bin Basri terdiri daripada 113 orang anggota LLP termasuk staf dan penuntut kursus di ITAS yang diadakan di Padang Kawad Kolej Tentera Udara.

Perbarisan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa. Seterusnya pemeriksaan pakaian anggota telah dilakukan oleh PW U I Mohd Shahril bin Mohd Saleh, Pegawai Waran Kolej dan diiringi oleh ketua perbarisan, PW U I Muhamad Sharizan bin Basri.

Pada akhir perbarisan dalam ucapan Pegawai Waran Kolej, beliau menegaskan kepada semua anggota supaya menjaga disiplin dalam tempoh berkhidmat memandangkan telah banyak kes yang berlaku melibatkan kesalahan tatatertib seperti penyalahgunaan dadah, penderaan (ragging), THTC, judi online. Beliau juga telah menekankan isu berkenaan larangan memuat naik video dan gambar yang berkaitan dengan eksesais,operasi,latihan ketenteraan dan bersosial dengan pakaian beruniform di media sosial seperti di Facebook dan Tiktok yang boleh menjejaskan nama baik ATM dan TUDM.