PERBARISAN BULANAN KOMANDAN AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20220121 161952 083 IMG 20220121 162030 854 IMG 20220121 162056 015
IMG 20220121 162001 386 IMG 20220121 162044 895 IMG 20220121 162153 771

 

IPOH, 21 Jan 22 – Akademi Tentera Udara (ATU) telah mengadakan perbarisan bulanan Komandan ATU dan juga merupakan sulung bagi tahun 2022 merangkap perbarisan terakhir bagi Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM selaku Komandan ATU. Perbarisan ini terdiri daripada lima (5) pegawai dan 180 anggota LLP yang diadakan di Padang Kawad A, ATU.

Perbarisan yang diketui oleh Mej Adisman bin Hazari TUDM ini dilaksanakan mengikut 'Standard Operating Procedure' (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Semasa perbarisan ini juga turut diadalkan pemakaian pangkat kepada Lt Nur Adzuryn binti Adam TUDM yang telah dinaikkan pangkat Kapt TUDM.

Dalam ucapan Komandan ATU, beliau berkesempatan menyampaikan amanat kepada warga akademi agar terus mengekalkan disiplin diri yang tinggi serta meneruskan budaya kerja yang cemerlang di sepangjang tahun 2022. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua warga akademi yang turut sama dalam menjayakan program atau aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2021. Beliau turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang telah diperoleh. Beliau berharap agar komitmen dan sikap positif ini dapat diadaptasi bersama Komandan yang baharu kelak.

tahniah diucapkan kepada pegawai yang telah dinaikkan. Semoga pangkat yang dianugerahkan akan digalas dengan penuh tanggungjawab dan menjadi pemangkin untuk mencurahkan idea bernas serta memberi perkhidmatan dengan penuh komited dan dedikasi.