BUKIT LUNCHU, 21 Mei 22 – BAKAT Skn 323 TUDM Bukit Lunchu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2022 pada 21 Mei 22 bertempat di Dewan Sri Mutiara, Apartment Sri Mutiara, Johor. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Mej Mohd Dzul Helmy bin Mahat TUDM, Pegawai Memerintah Skn 323 TUDM Bukit Lunchu. Acara diteruskan dengan agenda mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn Suhaila bt Taat selaku Pengerusi BAKAT Skn 323 TUDM Bukit Lunchu. Perlantikan barisan Ketua Biro dan AJK bagi tahun 2022/2023 turut dibuat semasa mesyuarat berlangsung.
Antara aktiviti-aktiviti bagi tahun 2022/2023 yang telah dirancang oleh Ketua Biro yang telah dilantik adalah seminar pengurusan kewangan, ceramah kesihatan wanita, bantuan kebajikan, gotong-royong, kursus pengurusan jenazah, kelas masakan dan sebagainya. Komitmen dan penglibatan yang memberangsangkan dari semua ahli BAKAT skn telah melicinkan dan menyumbang kejayaan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT SKN 323 TUDM Bukit Lunchu pada kali ini.