SUBANG, 10 Apr 21 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Operasi dan Bantuan (BOB) bagi Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah diadakan di Auditorium AWC Pangkalan Udara Subang.
Majlis perasmian mesyuarat ini telah disempurnakan oleh AKS A7 MPOU, Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Iezura binti Mustafa Afandi selaku Pengerusi BAKAT BOB dan dihadiri oleh ahli BAKAT mengikut kuota yang dikeluarkan.
Mesyuarat pada kali ini juga telah diadakan perlantikan Ketua Biro, AJK dan AJKK bagi Penggal 2021, Pembentangan Laporan Kewangan 2020 dan Perancangan Aktiviti BAKAT 2021 serta perbincangan usul-usul daripada ahli BAKAT yang hadir.