LAWATAN KERJA RASMI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KE PANGKALAN UDARA KUANTAN DAN SEKOLAH LATIHAN TEMPUR TUDM (SLTT) BUKIT IBAM

DSC 0204 DSC 0216 DSC 0247
DSC 0350 DSC 0371 DSC 0043

 

KUANTAN, 10 Jun 22 – Delegasi Kementerian Kewangan Malaysia diketuai Encik Zulkhairil Amar bin Mohamad dari Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia dan Lt Kol (K) Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali dari Bahagian Kewangan, Kementerian Pertahanan Malaysia telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Pangkalan Udara Kuantan serta Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT) Bukit Ibam.

Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk memberikan gambaran dan pendedahan yang lebih jelas kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan tentang pengoperasian pangkalan-pangkalan TUDM serta cabaran yang dihadapi dalam memastikan tahap kesiagaan TUDM sentiasa ditahap tertinggi.

DSC 0381 DSC 0449 DSC 0488
DSC 0493 DSC 0498 DSC 0530

 

Dalam rangka lawatan ini, kumpulan delegasi juga telah dibawa melawat ke No 10 Skuadron, Detasmen No 12 Skuadron, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pangkalan serta ke Sekolah Latihan Tempur TUDM, Bukit Ibam dengan menaiki pesawat helikopter EC 725.

Turut diadakan semasa lawatan ini adalah Mesyuarat Tapisan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023 Bagi Aktiviti Pertahanan Udara dipengerusikan oleh Encik Zulkhairil Amar bin Mohamad.

DSC 9779 DSC 9788 DSC 9831

 

Hadir bersama dalam Lawatan Kerja Rasmi ini ialah Asisten Ketua Staf Materiel, Mej Jen Dato’ Zainal bin Abdul Manaf TUDM; Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM serta Pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan.