TUDM BUKIT LUNCHU
PENGENALAN DAN SEJARAH
Penubuhan skuadron 323 TUDM Bukit Lunchu berkuatkuasa mulai 15 Julai 1999 dan akan memberi pengawasan kepada ruang udara selatan semenanjung Malaysia. Sebelum ini ruang udara kawasan selatan Semenanjung tidak dikawal oleh mana-mana radar tentera melainkan kawalan terhad oleh radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (JPAM) di Senai. Keadaan ini menjadikan ruang udara di selatan Semenanjung terdedah kepada risiko pencerobohan pesawat-pesawat asing. Skuadron ini dilengkapi dengan Pertahanan Udara Nasional(NADS) yang memerlukan intergrasi di antara unit-unit radar, markas serta unit-unit tempur. Penubuhan Skn 323 ini juga sejajar dengan keperluan organisasi TUDM.
Skn 323 TUDM Bukit Lunchu bertanggungjawab mengawasi ruang udara di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dengan mengumpul maklumat yang diperolehi melalui radar. Maklumat berkenaan akan disalurkan ke Markas No. 1 Divisyen Udara samada untuk arahan misi pemintasan atau lain-lain arahan. Di dalam konteks Sistem Pertahanan Udara Nasional (NADS) semasa perang, Skn 323 TUDM Bukit Lunchu akan menghubungi skuadron-skuadron pesawat tempur di Kuantan dan Butterworth untuk tindakan pemintasan apabila radarnya mengesan kemaraan pesawat musuh. Radar di skn ini adalah jenis mudah alih (mobile) dan boleh digerakkan dan ditempatkan di kawasan lain apabila diarahkan.
MISI
Melaksanakan pemantauan ruang angkasa yang dipertanggungjawabkan dengan efisyendi tahap optimum dalam memenuhi keperluan sistem pertahanan udara TUDM.
PERANAN UTAMA
Skn 323 TUDM Bukit Lunchu beroperasi sebagai sebuah Unit Pos Kawal dan Lapor atau ‘Control and Reporting Post (CRP) yang beroperasi 24jam sehari berperanan :a) Mengawasi semua pesawat yang terbang di kawasan liputannyab) Menghantar gambaran radar kepada unit-unit atasan.c) Mengarah pesawat pejuang dalam misi pemintasan apabila diperlukan.