Kemaskini Terakhir: Ahad,9 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

 

TANJUNG BUNGAH, 9 Apr 18 - Di Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang telah mengadakan Perbarisan bulanan Pegawai Memerintah yang telah diadakan di padang kawad INSKEP. Perbarisan terdiri daripada 23 Pegawai dan 47 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan tersebut diketuai oleh Kapt Mohd Sani bin Zakariya TUDM, Ajutan Perbarisan Kapt Syahir bin Jaafar TUDM manakala PW Perbarisan PW U II Norazli bin Abdul Hamid. Semasa perbarisan bulanan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Mohd Safiee bin Mohd Yusof TUDM Yusof telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat, penerima anugerah airmen of the month dan juga sijil penghargaan.

Pegawai Memerintah INSKEP mengambil kesempatan pada perbarisan ini merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga INSKEP atas komitmen yang ditunjukkan dalam semua siri lawatan Panglima Tentera Udara, lawatan Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara dan lawatan Jemaah Tertinggi Bakat Udara. Beliau turut memperingati kepada semua peringkat anggota untuk membuat bersiapan dalam proses perpindahan INSKEP ke Kolej Ikhtisas Tentera Udara (KITU) yang akan dilakukan secara berperingkat serta membuat persiapan program jiwa murni perdana yang akan dianjurkan bersama-sama Pusat Pengajian dan Pendidikan Jarak Jauh USM Pulau Pinang di Gerik, Perak.

Beliau juga memperingatkan diri beliau serta warga INSKEP supaya memperbanyakkan ibadah di bulan Rejab dan Syaaban agar komitmen dan konsistensi diteruskan dalam menyambut bulan “Ramadan” yang bakal menjelma. Di samping itu, pilihanraya umum semakin hampir beliau juga mengingatkan supaya anggota INSKEP serta pasangan supaya menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi dan memastikan 100% membuang undi.