Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC3159 DSC3161 DSC3171 DSC3197

SENDAYAN, 8 Jan 21 – Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi ke Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Ketibaan Komander Pangkalan dan delegasi telah disambut oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta warga INSTAR. Komander Pangkalan terlebih dahulu melalui saringan pemeriksaan suhu badan di foyer INSTAR sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan penularan COVID-19.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat serta mendapat maklumat terkini dalam pelbagai aspek yang berkaitan kursus-kursus semasa yang dilaksanakan di INSTAR. Komander Pangkalan turut meninjau kelas-kelas penuntut kursus semasa pembelajaran sedang dilaksanakan.

Komander Pangkalan turut menzahirkan rasa bangga dengan keupayaan INSTAR melaksanakan kursus di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan SOP yang ketat seperti yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.