Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC2950 DSC2953 DSC2961 DSC2967

SENDAYAN, 7 Jan 21 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Majlis Pembukaan tujuh (7) kursus secara serentak di Dewan Rajawali, Pangkalan Udara Sendayan.

Majlis pembukaan kursus yang dihadiri oleh 220 anggota LLP melibatkan Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I Siri 70/21, Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas I Siri 8/21, Kursus Jurulatih Jasmani Peningkatan Kelas I Siri 3/21, Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 8/21, Kursus Pancaragam Peningkatan Kelas II Siri 17/21, Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 73/21 dan Kursus Pembantu Pentahanan Kelas I Siri 74/21.

Majlis telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM dan disaksikan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM. Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Cawang Tadbir Pangkalan Udara Sendayan, Lt Kol Balasubramaniam A/L Maruthamothoo TUDM.

Semoga semua penuntut yang mengikuti kursus di INSTAR lulus dengan jayanya.