Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC3303 DSC3325 DSC3331 DSC3332

SENDAYAN, 8 Jan 21 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Dataran Munsyi INSTAR yang pertama bagi tahun 2021. Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP serta kakitangan awam yang berkhidmat di INSTAR serta semua penuntut-penuntut INSTAR.

Perbarisan terdiri daripada seorang Pegawai dan 170 anggota LLP yang telah diketuai oleh Kapt Izuwan Hafis bin S.M. Johan TUDM yang dilaksanakan mengikut norma baharu di dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau telah mengingatkan kepada semua anggota tentang kepentingan menjaga tahap disiplin yang tinggi serta mematuhi System Operating Procedure (SOP) semasa dalam tempoh PKPB ini dilaksanakan. Beliau juga telah menegaskan agar semua penuntut berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dengan cemerlang dalam kursus-kursus yang dihadiri.

Semasa perbarisan ini juga, Pegawai Memerintah turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Kpl U Muhamad Syahrul Nizam bin Ibrahim daripada Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 8/21. Sumbangan kebajikan ini adalah di atas pemergian bapa beliau semasa berkursus di INSTAR dan Sumbangan Cenderahati kepada Kpl U Mohamad Safuan bin Mohd Shokri dari Bahagian Tadbir INSTAR yang akan bertukar keluar ke Akademi Tentera Udara (ATU) berkuatkuasa pada 4 Jan 21. Tahniah dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas.