Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 FB IMG 1610005531269FB IMG 1610005534774FB IMG 1610005538058FB IMG 1610005541060FB IMG 1610005544339

SENDAYAN , 5 Jan 21 – Insitut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pangkalan Udara Sendayan telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Dataran INSKEP yang dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP, penuntut kursus serta kakitangan awam yang berkhidmat di INSKEP.

Perbarisan ini diketuai oleh Mej Muhammad Farid bin Abd Fatah TUDM yang dilaksanakan mengikut norma baharu di dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menyebut tentang kepentingan untuk menjaga diri dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang melanda negara kita sejak awal tahun 2020 yang lalu. Selanjutnya beliau menekankan kepada semua yang hadir supaya mengambil tahu pelan perancangan pembangunan TUDM yang baharu iaitu CAP 55 yang bermula mulai Jan 2021. Ianya merupakan satu pelan jangka panjang TUDM ke arah membentuk kuasa udara yang optimum.

Dalam perbarisan itu juga turut diadakan Majlis Penganugerahan Lencana Jurulatih TUDM kepada pegawai dan anggota LLP yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSKEP. Tahniah dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas.