Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0112

BUKIT IBAM, 5 Jan 2021 – Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT) Bukit Ibam telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Asas Ikhtiar Hidup Siri 94/21 di Padang Kawad SLTT.

Kursus yang akan berlangsung dari 5 Jan hingga 29 Jan 2021 ini disertai oleh 21 Pegawai TUDM dan 20 Pegawai Kadet daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Latihan yang mengambil masa hampir sebulan ini akan melatih para peserta kursus tentang asas ikhtiar hidup sebagai persediaan sebelum memasuki kursus penerbangan. Majlis Pembukaan Kursus telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah SLTT, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM.