Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345678 

SENDAYAN, 4 Jan 21 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua-Ketua Bahagian Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah diadakan di Dewan Al-Fateh yang telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta semua jurulatih dan staf INSTAR.

Majlis dimulakan dengan serah terima tugas Ketua Bahagian Bantuan di antara Mej Mohammed Adnan Fareed bin Mohammed Akbar TUDM dengan Kapt Izuwan Hafis bin S.M. Johan TUDM, diikuti Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Kurikulum dan Ketua Bahagian Penilaian & Standard di antara Kapt Nabila binti Abdul Razak TUDM dengan Kapt Syuhada Norazreen binti Norazman TUDM, seterusnya Serah Terima Tugas Ketua Sekolah Pentadbiran di antara Kapt Khairul Izwan bin Nawawi TUDM dengan Kapt Syuhada Norazreen binti Norazman TUDM.

Majlis turut meraikan Kapt Khairul Izwan bin Nawawi TUDM yang akan bertukar keluar dengan penyampaian cenderahati.