Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0032 resizeDSC 0050 resizeDSC 0055 resizeDSC 0060 resizeDSC 0090 resizeDSC 0094 resizeDSC 0114 resizeDSC 0129 resizeDSC 0210 resize

ALOR SETAR - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM buat julung kalinya telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Tentera Udara (KTU) mulai 4 dan 5 Jan 2021.

Ketibaan beliau di Pergerakan Udara KTU telah disambut oleh Komandan KTU, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM bersama Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej. Beliau seterusnya telah menyempurnakan upacara pemakaian Lencana Jurulatih kepada Komandan KTU dan Komandan ATU.

Dalam rangka lawatan kerja hari pertama, PPLU telah dibawa melawat ke INSPEN 2 serta merasmikan Pembukaan Flying Programme 2021 EC 120B. Turut mengiringi beliau sepanjang lawatan kerja tersebut adalah Pegawai Memerintah INSPEN 2, Lt Kol Bahaizil Nazim bin Mohd Bakar TUDM. Selain itu, PPLU turut melaksanakan lawatan ke Sekolah Latihan Pegawai (SLP) sebelum menamatkan lawatan kerja beliau di KTU hari ini.