Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2e4752b9 26db 436d ab85 0b35b713629c4edc45e1 fd50 434b b52a d2246928f4bc7c7c8aa0 a745 4a73 8535 2f377440e9359bbc6d8e 0567 4f65 8bf8 18311782dd6ca3726c7e 04b5 4c3e ae5e 93c727e3c98eb009ed4e 39a6 48ee a364 0b3a43b05953c290750d ce7e 425d aaf0 c056689a82a3

ALOR SETAR, 30 Dis 20 - Majlis Pemakaian Lencana Jurulatih TUDM dan penyampaian sijil penutup Kursus KIPA Siri Khas 2020 telah diadakan bertempat di Dewan Aero Angkasa Kolej Tentera Udara.

Seramai 48 orang penerima lencana Jurulatih TUDM yang terdiri daripada 31 orang Pegawai dan 17 orang anggota Lain-lain Pangkat telah tersenarai sebagai penerima lencana tersebut.

Manakala, Majlis Penutup Kursus KIPA siri Khas 2020 yang turut juga diadakan pada masa yang sama terdiri daripada 8 orang Pegawai. 4 Pegawai dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan 4 Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kursus tersebut telah bermula sejak 5 Okt 20 hingga 31 Dis 20.

Upacara Penyampaian Lencana kepada Jurulatih TUDM dan perasmian Penutup Kursus KIPA siri Khas 2020 ini telah disempurnakan oleh Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara dan diiringi oleh Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, Pegawai Eksekutif Kolej Tentera Udara.

Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai dan anggota yang terlibat.