Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5579DSC 5538DSC 5552DSC 5567DSC 5500DSC 5636

IPOH, 29 Disember 2020 – Akademi Tentera Udara (ATU) telah mengadakan pertandingan terakhir iaitu Pertandingan Eco Challenge Intersection bersempena Majlis Penutup Karnival Sukan ATU Tahun 2020. Sukan lain yang dipertandingkan sebelum ini adalah badminton, petanque, takraw, bola tampar dan futsal. Pertandingan tersebut telah disertai oleh gabungan yang terdiri oleh 4 kumpulan iaitu Hawk, Hornet, MiG dan Sukhoi.

Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM dan Ketua Jurulatih, Lt Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM turut hadir ke majlis penutup tersebut yang dimulai dengan gimik pembukaan yang disempurnakan oleh Komandan ATU. Komandan ATU turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pemenang iaitu Johan disandang oleh Hawk, Naib Johan disandang oleh Hornet, Tempat Ketiga disandang oleh MiG dan Tempat Keempat disandang oleh Sukhoi. Komandan ATU juga menasihatkan Pegawai dan Anggota ATU agar meningkatkan semangat kesukanan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani.