Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 5450DSC 5453DSC 5476

IPOH, 28 Disember 2020 – Akademi Tentera Udara (ATU) telah mengadakan Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Sumbangan KSSKA bagi tahun 2020. Penyerahan ini disempurnakan oleh Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM. Turut hadir Pengerusi BAKAT ATU, Puan Mazilawati binti Musa, Ketua Jurulatih ATU, Lt Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM dan Timbalan Pengerusi BAKAT merangkap Ketua Biro Kebajikan, Puan Norhalizah binti Abdul Khalip. Sumbangan kebajikan ini diberikan kepada isteri Lt Kol Anuar Alsidqi bin Ariffin TUDM yang menghidapi Stroke dan juga kepada Sjn U Faizal yang menghidap kencing manis.