Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC1185 DSC1213 DSC1219 DSC1230

SENDAYAN, 5 Nov 20 – Majlis Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup Kursus Penyelia Kanan Siri 237/20 telah disempurnakan oleh YBhg Kol Hasnol Hisham bin Abu Hassan TUDM, Pengarah Penyelidikan Sumber Manusia, bertempat di Auditorium Rajawali Pangkalan Udara Sendayan. Majlis turut dihadiri oleh Lt Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM, Pegawai Eksekutif PU Sendayan dan Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

Seramai 90 orang pelatih daripada pelbagai ketukangan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Seramai 85 anggota lelaki dan 5 anggota wanita telah menghadiri kursus KPK Siri 237/20 ini. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan seorang PTTK yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikan pangkat kepada pemangku Sarjan Udara.